“Nanti kakak pula tolong adik masuk syurga ya,” – Netizen sebak tengok adik tolong kakak ‘istimewa’ pakai kasut

  • Post author:

Setiap didikan dan pembentukan sahsiah seseorang anak bermula daripada ibu bapa itu sendiri.

Sekiranya didikan itu daripada cara yang baik, maka segala tingkah laku anak itu manis dipandang masyarakat, malah boleh dikatakan sikap anak-anak itu akan disenangi orang sekeliling.

Begitu juga dengan seorang adik ini, baru-baru ini tular satu video si adik membantu kakaknya yang tergolong dalam kanak-kanak istimewa.

Video di TikTok berdurasi 26 saat itu sungguh menyentuh hati masyarakat dan netizen sebaik melihat apa yang dilakukan adik itu kepada kakaknya.

 

Dalam video itu, dapat dilihat keikhlasan seorang adik menolong kakaknya memakai kasut sebelum pergi ke sekolah.

Kelihatan anak kecil itu bersungguh-sungguh memakaikan kakaknya kasut berwarna hitam ketika mereka berdua berada dalam kereta.

Bukan itu sahaja, malah adik itu turut menolong membawa beg kakaknya sambil berpimpin tangan menuju ke sekolah.

Rata-rata netizen cukup terharu dengan sikap dipamerkan adik berusia 4 tahun itu.

“Nanti kat sana nanti, kakak pulak tolong adik masuk syurga,”

“Didikan mak ayah yang hebat… semoga hubungan adik beradik ini kekal sampai syurga..,”

“Alhamdulillah, dari kecil ini la akan terdidik jadi anak yang hebat,”

Baca Juga: PH lancar manifesto ‘Tawaran Harapan Kita Boleh’, Rabu depan

Baca Juga: PJJ di dunia sudah berakhir, lelaki harap disatukan dengan arwah isteri di ‘sana’