“Nasib mengidam nak pegang memerang kak, bukan harimau” – netizen seloroh kepada akak mengandung

  • Post author:

Kadang-kadang kita boleh tengok orang mengandung ni mengidam macam-macam.

Paling biasa adalah mengidam makanan sehingga para suami bertungkus-lumus mencari makanan yang isteri teringin nak makan tu.

Tetapi baru-baru ini, seorang wanita hamil berkongsi kisahnya di akaun TikTok wanyanjee yang mengidam nak pegang seekor memerang.

Kebetulan dia dan suami berjalan-jalan di zoo, pekerja di sana bagi peluang untuk dirinya memegang haiwan comel tersebut.

Memahami situasi wanita hamil yang mengidam, pekerja zoo tersebut menangkap salah seekor memerang untuk diberikan kepadanya.

Video tersebut meraih perhatian netizen dengan komen-komen yang ditinggalkan, sememangnya menggelikan hati.

“nasib memerang..bukan harimau kak…hihihi!

“alahai.. ceria betul tu bila dapat pegang. cute je..,” kata seorang pengguna laman maya itu.

Malah, ada juga netizen yang berkongsi pengalamannya yang teringin nak menunggang seekor binatang ini.

“Saya ngidam nak naik kuda, tapi alhamdulillah dapat jugak kuda tapi tak naik sebab kuda tu berurat risau nak naik, dpt pegang pun jadilah,”

Setakat ini video tersebut mendapat 117,700 tontonan, 8,381 tanda suka dan 267 perkongsian.

Baca Juga: Bakal keluarkan kenyataan pada 24 November, Amelia bersyukur keluarga beri sokongan

Baca Juga: Memandu sambil makan, minum boleh kena denda di Australia