“Power driver dia!”
Itu komen seorang netizen terhadap video tular sebuah bas yang sedang berusaha untuk keluar daripada kawasan parkir dipenuhi kereta.
Video berdurasi 2 minit 34 saat itu, memaparkan sebuah bas dilihat gigih ke hadapan dan mundur semula untuk beberapa kali sebelum berjaya keluar.
Dalam video itu juga kelihatan beberapa buah kereta parkir, menyebabkan pemandu bas tersebut perlu berhati-hati agar tidak melanggar kenderaan di situ.
Pemandu bas itu juga tidak keseorangan ketika berdepan detik ‘sukar’ apabila orang ramai turut sama membantunya.
Beberapa orang ramai kelihatan bertungkus-lumus bagi memastikan bas berkenaan tidak terlanggar kenderaan lain.
Kecekapan pemandu bas dan usaha murni orang ramai yang berganding bahu untuk turut sama membantu, nampaknya mendapat perhatian netizen.
Seorang netizen yang menonton video itu menyifatkan rakyat Malaysia sememangnya sporting.
“Bukti rakyat Malaysia sporting,” katanya.
Seorang lagi pengguna laman maya pula menyifatkan pemandu bas itu mempunyai kemahiran mengendalikan kenderaan panjang itu.
“Power driver dia!”, ujarnya dalam ruangan komen.
Baca Juga: Seorang lelaki dipercayai maut dibaham buaya
Baca Juga: Pendaki ditemukan selamat, keluar sendiri daripada hutan