Netizen mual bila nampak haiwan tak diundang dalam makanan

  • Post author:

“Menu baru ke tu?”

Itu reaksi netizen apabila melihat satu video tular yang menunjukkan seekor pacat berada dalam mi sup.

Apabila ada haiwan tak diundang dalam makanan, semestinya ia akan membuatkan tekak kita ‘kembang’ atau rasa nak muntah.

Video dimuat naik di TikTok itu mendapat pelbagai reaksi sehingga ada netizen yang pelik macam mana pacat itu boleh ada dalam makanan.

“Alamak! Macam mana boleh ada dalam tu?” tanya seorang pengguna laman maya itu.

Susulan video tular itu, seorang lagi netizen pula membatalkan hasratnya untuk makan mi sup disebabkan rasa loya melihat pacat itu.

“Baru jer plan nak mkn mee sup esok tengok mcm ni terus tak jadi,”.

Bagaimanapun, situasi yang sebenar diceritakan individu yang membuat perkongsian itu.

Difahamkan, pacat itu bukan datang daripada restoran berkenaan, sebaliknya ia terjatuh ke dalam kuah mi sup itu.

“Benda ada dekat tangan…. jatuh… nasib dah habis.. baru balik hiking ha..,” ujar individu berkenaan.

Baca Juga: Pelajar tingkatan satu berani keluar rumah waktu malam, jadi mangsa rogol bergilir rakan sendiri

Baca Juga: Bomba Terengganu kenal pasti 192 ‘hotspot’ banjir