Netizen sebak dengar anak arwah Abam panggil “ayah”

  • Post author:

Sebuah video yang memaparkan anak arwah Abam Bocey menyusun gambar bapanya di dalam dompet ibunya, telah mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

Dalam video itu, anak lelaki arwah, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia tiga tahun, dilihat menyanyi dan memanggil ‘ayah’ sambil menyusun gambar arwah.

Video tersebut dikongsi balu kepada Abam iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali di Instagramnya, semalam.

“Hari ini Hamzah susun gambar ayah dekat wallet ibu, pandai anak ibu ni,” tulis Hidayah di ruangan kapsyen.

Seorang netizen menyifatkan, beliau sebak apabila mendengar anak arwah menyebut “ayah ayah”.

“Sebak aunty dengar Hamzah sebut nama ayah. Ayah Hamzah ramai orang suka, suka berjenaka dan baik orangnya. Hamzah jaga ibu baik-baik ya, moga jadi anak soleh ya,”

Seorang lagi pengguna laman sosial menyifatkan Hamzah semakin besar semakin cerdik serta comel.

10 Februari 2020, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, dipercayai akibat demam panas.

Baca Juga: Tak mahu tempat kedua, gelagat adik ini cuit hati netizen

Baca Juga: Ambulans lambat sampai, mangsa kemalangan dihantar guna jengkaut ke hospital