Jawapan bertulis seorang murid sekolah rendah ketika diminta untuk mengarang sepotong dialog dalam sebuah sketsa, membuatkan ramai gelak besar.
Sketsa berkenaan berkait dengan seorang pelanggan yang memuji seorang peniaga bengkel yang ketika itu perniagaan bengkelnya bertambah maju dengan banyak kereta datang ke kedai berkenaan.
Dalam kertas soalan itu, pelanggan berkata seperti ini: “Wah ramainya pelanggan yang datang ke bengkel kereta pak cik ini! Pekerja di bengkel pak cik iini juga melakukan tugas mereka dengan cekap,” kata seorang pelanggan.
Soalan kemudian mengarahkan pelajar untuk menulis dialog sesuai bagi watak sebagai peniaga.
Tidak menyangka pula jawapan yang ditulis murid berkenaan betul-betul jujur dan dikatakan sebagai pemikiran di luar kotak.
Mana tidaknya, murid berkenaan menulis dialog tersebut seperti ini;
“Pak cik bukan nak mendoakan kereta rosak. tapi kalau banyak kereta rosak, Alhamdulillah,”.
Bagaimanapun dapat dilihat, perkataan Alhamdulillah itu dipotong oleh guru.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang tidak dapat menahan gelak membaca jawapan jujur itu dan menganggap generasi kini semakin bijak memberi idea yang tidak terfikir oleh orang lain.
Mereka juga berseloroh sambil menambah bahawa kemungkinan moto peniaga berkenaan lebih kurang berbunyi seperti ini “Kecelakaan anda, kegembiraan kami”.
Ibarat penggali kubur, nak berdoa pun serba salah
Baca juga: Anak dikecam sebab tak tolong bapa jatuh, rupanya dua-dua lembam
Baca juga: Awas! Jangan terpedaya tawaran lesen memandu percuma