Nilai Daun Ketum kini berharga RM4 Billion

Selalunya kita dengar daun ketum berada di Malaysia dan Thailand, tetapi kini menjadi industri bernilai RM4 bilion di Amerika Syarikat.

Daunnya tergolong dalam keluarga tumbuhan kopi dan biasanya dikunyah untuk melegakan kesakitan dan meningkatkan tenaga.

Di Amerika, sama seperti Malaysia, negara itu masih terperangkap di tengah-tengah perdebatan hangat antara potensi dan risiko kesihatan.

Sejak itu, daun ketum telah tersebar di seluruh Amerika dan dijual di pelbagai kedai vape, bar dan dalam talian.

Secara tradisinya di kawasan luar bandar, daun ketum dijemur kering, sebelum dikunyah atau dibuat air.

Lain pula kalau di AS, di mana bentuk penggunaannya berbeza-beza, ada dalam bentuk kapsul, minuman, teh, atau bentuk cecair pekat.

Bagaimanapun, tiada kajian menyeluruh dan data masih terhad untuk menentukan tahap sebenar kesan pengambilan daun ketum.

Bagi sesetengah pakar, pengambilan daun ketum dalam bentuk semula jadi jarang menyebabkan kesan sampingan yang serius.

Menurut Dr. Kirsten E. Smith dari Universiti Johns Hopkins, tidak ada bukti kukuh untuk mengatakan bahawa ketum adalah berbahaya.

Food and Drug Administration (FDA) juga pernah mengeluarkan amaran bahawa pengambilan Ketum Cecair Hitam boleh menjadikan seseorang melaku hal yang agresif dan dalam beberapa kes pula juga boleh membawa kepada kematian.

Selain itu, FDA juga memberi amaran bahawa penggunaan ketum juga boleh menyebabkan kerosakan hati, sawan, dan ketagihan.

Pada 2016, Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS (DEA) cuba mengklasifikasikan ketum bersama heroin dan ekstasi sebagai dadah dan haram untuk diambil secara suka-suka.

Bagaimanapun rancangan itu ditangguhkan selepas mendapat bantahan daripada orang awam dan kumpulan penyokong ketum, namun DEA menyenaraikan ketum di bawah ‘perkara yang membimbangkan’.

Di Malaysia pula, ketum sudah lama berada di bawah kawalan Akta Racun 1952 yang mengklasifikasikannya sebagai bahan terkawal.

Akta ini memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara empat tahun atau kedua-duanya kepada sesiapa yang mengimport, mengeksport, mengilang, membekal, menjual atau memiliki serta menggunakan ketum secara haram.

baca: “Bukan isteri dia taktahu, kami sampai terlanjur pun dia buat-buat tak faham je”