Nyawa anak bagai tidak berharga. Tindakan seotang wanita memegang bayi ketika sedang bermain permainan ‘flying fox’ mengundang kemarahan orang ramai kerana tidak memikirkan soal keselamatan dan hanya tahu berseronok sahaja.
Video tersebut dikongsi di Twitter MyWatch (@My_CrimeWatch) yang memuatnaik video tersebut dengan meletakkan Akta Kanak Kanak untuk menghalang ibu bapa daripada membahayakan nyawa anak,
“Akta Kanak-Kanak ada menyatakan sekiranya kanak-kanak didedahkan kepada bahaya yg boleh mengakibatkan kecederaan, pihak terlibat boleh dihukum denda tak melebihi RM10,000 atau penjara tak lebih 5 tahun atau keduanya.”
Organisasi yang sama sebabkan kes wanita jatuh ketika main ‘Rope Swing’
Sebelum ini tular seorang wanita berusia 33 tahun dilaporkan tergantung pada ketinggian 10 meter sebelum terjadi masalah teknikal pada kabel menyebabkan mangsa terjatuh dan terhempas ke dalam sungai sehingga mengalami patah tulang belakang.
Menurut Buzzkini, lebih mengejutkan apabila laporan tersebut menyebut Pihak Berkuasa Setempat (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Hulu Selangor (MBHS) tidak pernah mengeluarkan lesen kebenaran kepada penganjur sukan tersebut sejak 2017.
Warganet luah rasa kesal melihat iba bapa muda yang terlalu obses dengan aktiviti lasak hingga sanggup libatkan nyawa anak sendiri.
Baca Juga: Power! Remaja ni berjaya susun 6,931 kiub rubik hanya dalam masa 24 jam
Baca Juga: Minta buang ‘pakcik’ belakang tapi reaksi warganet menghiburkan