Nyawa hampir melayang, nasib pokok jatuh selepas sudah keluar kereta

  • Post author:

Kalau terlambat satu saat sekalipun, pastinya sudah melayang nyawa. Seorang jururawat di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas terselamat selepas keretanya dihempap pokok tumbang di kawasan tempat letak kereta.

Pemilik kereta Perodua Axia itu baru sahaja meletakkan kereta dan menuju ke arah bangunan hospital berkenaan dalam kejadian yang berlaku 3.30 petang semalam.

Jururawat tersebut mengaku terkejut apabila dimaklumkan kerete miliknya dihempap pokok tumbang.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu, Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.53 petang lapor Harian Metro.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai APM Kota Kinabalu terus dikerah bergerak ke lokasi untuk membantu.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi mendapati kereta Perodua Axia rosak pada bahagian tempat duduk pemandu akibat dihempap pokok tumbang.

“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan operasi memotong dan mengalihkan pokok tumbang menggunakan peralatan gergaji rantai,” menurutnya, tiada kecederaan dilaporkan dan operasi tamat jam 5.01 petang.

Baca Juga: Terbang tanpa henti sejauh 13,560 km, burung ini pecah rekod dunia

Baca Juga: Anwar umum cuti peristiwa 28 November ini