Sungguh mulia hati mu!
Seorang wanita di Finland patut diberi pujian kerana dia dilaporkan sanggup berhenti kerja hanya untuk membersihkan rumah orang tidak dikenali secara percuma dan membantu mereka yang memerlukan.
Menurut laman berita Good News Network, wanita bernama Auri Katariina itu bekerja sebagai pengurus perkhidmatan di sebuah syarikat pembersihan di Finland ketika musim panas 2021, sebelum memutuskan untuk meneruskan minatnya dalam bidang itu.
“Impian saya adalah membersihkan rumah secara percuma di seluruh dunia dan membantu orang ramai dengan melakukan perkara yang saya suka.
“Saya suka mencuci dan mula memuat naik video di media sosial setelah merakam diri sendiri membersihkan rumah keluarga dan rakan dua tahun lepas.
“Pada satu hari, seorang wanita meminta bantuan kerana rumahnya terlalu bersepah. Dia mempunyai tiga anak dan suaminya baru saja meninggal dunia.
“Saya ibarat ‘berada di syurga’ apabila mencuci dan sangat gembira untuk membantu orang ramai,” kata wanita berusia 29 tahun itu.
Katariina yang berasal dari bandar Tampere, pernah melawat Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk membantu individu yang terdesak dengan membersihkan rumah mereka.
Dia akan memilih rumah paling kotor dan bersepah milik orang yang paling memerlukan bantuan untuk dibersihkan.
Katariina akan membersihkan rumah orang yang tidak dikenali untuk tempoh selama dua hari dan memuat naik kandungan kerja amalnya di media sosial.
Kredit gambar: Instagram Katariina
Baca Juga: Aktiviti dilakukan keluarga ini buat netizen turut sama rasakan…
Baca Juga: Wanita ini ajar cara tukar duit syiling guna mesin di bank, sekejap je duit dah masuk dalam akaun