Oh rupanya ini cara mereka ‘survive’ selepas terperangkap 9 hari dalam runtuhan

  • Post author:

Terperangkap dalam sesuatu runtuhan merupakan pengalaman yang pastinya tidak akan dapat dilupakan oleh individu terlibat.

Beberapa hari lalu, telah tersiar berita mengenai dua pelombong yang terperangkap selama sembilan hari dalam lombong zink di Bonghwa, Korea Selatan, berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Mereka dilaporkan terperangkap kira-kira 190 meter bawah tanah sejak runtuhan berlaku pada 26 Oktober lalu.

Rupa-rupanya dua pelombong yang masing-masing berusia 62 dan 56 tahun itu hanya bergantung kepada serbuk kopi segera dan titisan air dari siling tersumbat.

Bang Jong-hyo, seorang doktor yang merawat pelombong di sebuah hospital tempatan, memberitahu pemberita pada Sabtu bahawa, kedua-dua lelaki itu berada dalam keadaan agak baik walaupun mereka pada mulanya berkata mengalami hipotermia dan sakit otot.

Beliau berkata, kedua-duanya mereka dijangka dibenarkan keluar daripada hospital dalam masa beberapa hari lagi.

Bang berkata, dua pelombong itu memberitahunya mereka berkongsi 30 paket kopi segera ketika terperangkap di bawah tanah.

Kedua-duanya juga meminum air yang jatuh daripada siling dan membuat api untuk bertahan.

Baca Juga:

Baca Juga: