Orang awam beramai-ramai memberhentikan kereta di tepi sebuah lebuh raya di negeri Ohio, Amerika Syarikat (AS) selepas berpuluh-puluh wang tunai dilaporkan berterbangan di jalan raya itu.
Lapor akhbar MailOnline kelmarin, orang ramai berdiri di tengah-tengah lebuh raya di empat lorong yang sibuk termasuk penguat kuasa undang-undang untuk mengambil wang tunai tersebut.
Rakaman video tersebut disiar oleh Jabatan Pengangkutan Ohio.
Situasi itu menyebabkan lalu lintas di daerah berkenaan terhenti buat seketika dan menyebabkan beratus-ratus kereta dan lori terhenti.
Kereta-kereta dilihat berhenti di tepi lebuh raya dan orang ramai keluar daripada kereta masing-masing untuk mengambil wang tunai.
Bagaimanapun dilaporkan, pihak berkuasa negeri telah menutup bahagian selatan lebuh raya tersebut untuk tempoh antara 45 minit sehingga satu jam sebelum ia dibuka semula.
Sehingga hari ini, masih tiada laporan mengenai sebarang pelanggaran undang-undang lalu lintas yang berlaku.
Jurucakap Jabatan Pengangkutan Negeri Ohio, Kathleen Fuller bahkan memaklumkan dia tidak tahu sama ada wang tersebut dijatuhkan dari kereta atau trak.
Setakat ini juga tidak diketahui sama ada wang tunai itu palsu atau sebaliknya tetapi menurut seorang anggota polis, tidak ada laporan mengenai syarikat perniagaan tempatan yang kehilangan wang.
Baca juga: Sidang Dewan bertukar kecoh, Ahli Parlimen bertumbuk, baling kerusi
Baca juga: Hanya pegang tangan berjalan di tasik – ‘Atok’ Squid Game nafi buat hal tak senonoh