Orang ramai dilihat berduyun-duyun ‘sekolahkan’ selebriti Fasha Sandha yang tampil dengan imej ‘bertanduk’.
Netizen berpendapat pelakon yang kerap membawa watak “wanita malang” berkenaan tidak wajar menggayakan busana menyerupai watak Maleficent lakonan Angelina Jolie itu.
Malah, ada menasihatkan ibu kepada tiga anak itu seperti terpengaruh dengan budaya barat yang tidak sesuai dengan keperibadian seorang Muslim.
Terdahulu, aktres berusia 38 tahun itu memberitahu kostum yang mereka pakai adalah sempena program ‘Kejirananku Bukan Kejirananmu’ yang bertemakan pakaian beragam dan karakter.
“Just for fun yang tak boleh pun dibolehkan. Semoga kita berfikir bahawasanya dunia tempat ibadah untuk dibawa ke alam kekal nanti.
“Niat tak menghalalkan cara. Allah sayang kita.
“Jangan ikut budaya Barat. Jangan normalisasikan,” demikian antara komentar netizen.
Baca juga Lelaki ini tersekat dalam paip pembentung, apa kesudahannya?
Baca juga Data bocor, undi pos lewat tiba: Sampai bila SPR mahu membisu?