Padah panjat dan ceroboh zoo, lelaki maut dibaham singa

Mungkin rasa diri sudah kebal hingga sanggup panjat dan ceroboh kandang singa di zoo Ghana, namun sia-sia apabila dia maut dibaham singa selepas terancam dengan kehadiran lelaki tersebut kata pegawai hidupan liar dalam satu kenyataan.

Lelaki itu diserang singa selepas melompat ke atas pagar keselamatan zoo di ibu negara, Accra, kata Suruhanjaya Perhutanan, agensi kerajaan yang menjaga hidupan liar di Ghana lapor NDTV.

“Penceroboh itu diserang dan dicederakan oleh salah satu singa, di dalam pagar dalam kandang,” kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa lelaki tersebut telah mati akibat kecederaannya.

“Singa, singa betina dan dua ekor anaknya masih selamat di dalam kandang mereka di Zoo Accra”, tambahnya.

Jurucakap polis memberitahu AFP mereka masih menyiasat kes tersebut untuk mengetahui bagaimana lelaki tersebut boleh terlepas masuk ke kawasan larangan.

Zoo Accra mula-mula ditubuhkan sebagai tempat menageri persendirian pada awal 1960-an oleh presiden pertama Ghana, Kwame Nkrumah. Zoo Accra dibuka kepada orang ramai selepas penggulingannya pada tahun 1966.

Baca Juga: Siap tulis nota akhir dekat dinding, wanita terperangkap tiga hari dalam tandas rumah

Baca Juga: Tolonglah tuntut khairat kematian dari ASB walau baki cuma ada RM10, asalkan ada akaun, masih boleh tuntut