Mahu jadikan pengajaran buat kanak-kanak, tindakan seorang jururawat hospital di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) memotong kaki seorang lelaki yang nazak untuk dipamerkan di sebuah kedai milik keluarganya akhirnya bawa padah.
Mary K. Brown, 38 didakwa atas tuduhan melakukan penderaan fizikal dengan niat, menyebabkan kecederaan dan memotong kaki mangsa tanpa kebenaran lapor akhbar Daily Star.
Menurut laporan pendakwaan, wanita itu memotong kaki mangsa pada 27 Mei lalu dan memberitahu jururawat lain bahawa dia ingin mempamerkannya bersama papan tanda ‘pakai but anda, kanak-kanak’.
Seorang saksi dan juga jururawat yang hadir semasa Brown melakukan amputasi memaklumkan mangsa menggenggam erat tangannya dan mengerang semasa prosedur tersebut. Pesakit turut mengadu kesakitan yang dialaminya.
Mangsa dimasukkan ke Pusat Kesihatan dan Pemulihan Valley di Spring Valley pada Mac lalu dengan kedua-dua kakinya mereput akibat ‘frostbite’.
Menjelang penghujung Mei lalu, doktor berpendapat pesakit itu di ambang kematian, manakala saksi berkata, kaki mangsa tidak dapat diselamatkan. Brown memberi alasan bahawa dia berniat baik terhadap lelaki itu dengan memotong kakinya.
Brown dijangka dihadapkan ke mahkamah pada 6 Disember ini dan berdepan hukuman penjara maksimum 40 tahun sekiranya didapati bersalah. – Agensi
Baca Juga: Tiba-tiba jerung muncul, nasib baik wanita ini tenang kawal keadaan
Baca Juga: Ejen Mossad ke? – Ini sangat memalukan geng ‘hailak’