Pakai jam tangan harga RM89,000, netizen puji Jep sebab tak tunjuk kekayaan

Kekayaan ini tak semuanya perlu diperlihat kepada umum, lebih baik jika hanya bersederhana. Begitulah yang dapat dilihat pada Jep Sepahtu yang lebih selesa dengan gaya hidup biasa walhal jam yang dipakai sahaja sudah cecah RM89,000.

Baru-baru ini satu gambar telah dimuat naik di Instagram @beastlab_ yang menunjukkan Jep bergambar bersama Imam Muda Asyraf, apa yang menarik perhatian ramai adalah jam di tangan Jep yang berharga puluhan ribu dan berjenama Rolex Submariner Starbucks.

Perkongsian tersebut mendapat pujian daripada netizen yang memuji silap Jep yang tidak menunjukkan kemewahan kepada umum walaupun sebenarnya kaya.

Netizen juga berkongsi mengenai kereta yang dipandu Jep yang dikatakan berharga setengah juta.

Komen mengenai jam tangan

Baca Juga: Monyet paling kaya, nama terdaftar atas tanah seluas 32 ekar

Baca Juga: Terasa jadi bahan sindiran, Caprice nak saman Mydin RM30 juta sebab sebut nama ‘cap’ dan ‘rice’