Palsu sijil kelayakan perubatan, wanita sempat jadi doktor selama setahun

  • Post author:

Pastinya menakutkan apabila anda dirawat oleh doktor palsu. Seorang wanita di Turkiye berjaya menyamar sebagai doktor pediatrik selepas memalsukan sijil kelayakan kedoktoran.

Ayşe Ozkiraz, 20, bekerja sebagai pakar pediatrik selama setahun di sebuah hospital negeri di Çerkezkoy sebelum ditahan polis.

Salah cakap tentang prosedur

Wanita tersebut mendakwa dia adalah lulusan dari Sekolah Perubatan Çapa Universiti Istanbul. Namun tersalah langkah apabila menjawab soalan mengenai prosedur standard perubatan hingga rakan setugasnya mula mencurigainya.

Pihak pengurusan hospital menghubungi polis, yang akhirnya menggeledah rumah Ozkiraz sebelum menemui beberapa kad universiti, kad pengenalan doktor dan diploma, yang semuanya adalah palsu.

Hanya ada pendidikan sekolah menengah

Hanya ada pendidikan setakat sekolah menengah, bukan sekadar rakan sekerja malah kelurganya juga tertipu dengan kelulusan dari Sekolah Perubatan Çapa.

Niat sebenar hanya kerana mahu menunaikan hasrat keluarga untuk ke sekolah perubatan namun Ozkiraz gagal dalam peperiksaan universiti.

Ozkiraz berdepan dakwaan dan tindakan kerana melanggar Undang-Undang Amalan Gaya Perubatan dan Sains Perubatan.

Baca Juga: Hanya makan nasi dan garam, lelaki warga asing ini akui ada tanah dan rumah sendiri di kampung

Baca Juga: Kanak-kanak lima tahun meninggal tercekik pin papan notis