Pampasan 50 juta rupiah untuk keluarga mangsa rempuhan Stadium Kanjuruhan

  • Post author:

Kerajaan Indonesia akan memberi pampasan sekurang-kurangnya RM15,205 (50 juta rupiah) kepada keluarga 125 mangsa yang terkorban dalam rempuhan stadium.

Perkara tersebut dinyatakan seorang menteri kanan negara republik itu.

Insiden rempuhan itu berlaku di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, Sabtu lalu.

Menurut Jakartapost, pejabat Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) berhasrat memberikan sumbangan itu dalam masa satu atau dua hari lagi.

Sebelum ini, Jokowi dilaporkan berkata, beliau mahu siasatan penuh dijalankan berhubung tragedi tersebut.

Beliau dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen mengarahkan Menteri Belia dan Sukan, Ketua Polis Negara dan Ketua Persatuan Bola Sepak Indonesia supaya menjalankan penilaian menyeluruh terhadap perlawanan bola sepak dan prosedur keselamatan.

“Saya amat kesal dengan tragedi ini dan berharap ia akan menjadi yang terakhir di negara kita,” katanya.

Baca Juga: Tempat isi minyak terbakar, orang awam selamatkan kereta daripada terbakar

Baca Juga: Lebih 15 jam terapung di laut, nelayan ini akhirnya diselamatkan