Panik anak hilang padahal ibu sibuk berborak di rumah jiran, orang yang selamatkan pula dituduh menculik

  • Post author:

Tindakan seorang ibu yang meninggalkan anaknya sendirian untuk ke rumah jiran akhirnya bertukar panik apabila anaknya tiada di rumah ketika pulang. Kanak-kanak itu dikatakan berasa takut melihat ibunya tiada, bertindak keluar untuk mencari wanita tersebut sehingga ke jalan raya.

Si ibu kemudian mengesyaki wanita yang menaiki trak cuba menculik anak lelakinya namun wanita tersebut hanya membantu dengan meninggalkan kanak-kanak tersebut di balai polis.

Insiden itu bermula selepas penduduk di Desa Topoyo di Mamuju Tengah, Sulawesi Barat kecoh dengan berita seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun diculik seorang wanita yang menaiki trak lapor Utusan.

Dia menyangka anaknya diculik kerana rakaman kamera litar tertutup dari sebuah kedai yang menunjukkan wanita itu keluar dari trak dan membawa kanak-kanak lelaki tersebut ke dalam kenderaan terbabit.

Turut dirakam aksi wanita itu turun dari trak beberapa kali ekoran selipar kanak-kanak tersebut tertanggal dan menangis. Bimbang dengan maklumat yang diterimanya, ibu kanak-kanak itu kemudiannya membuat laporan polis.

Terkejut melihat kanak-kanak menangis di teppi jalan, wanita itu dikatakan berhenti dan turun untuk cuba memujuk kanak-kanak tersebut.

Tidak lama kemudian, polis menghubunginya dan memaklumkan anaknya sudah ditemukan selepas dihantar ke balai polis oleh seorang wanita menaiki trak serta menghantar anaknya pulang semula ke rumah.

Baca Juga: Netizen ‘berpeluh tapak tangan’ tengok wanita ini berada di puncak KLCC

Baca Juga: Pejabat mufti tegaskan haram umat Islam sambut Halloween