Apaila terdengar mengenai orang yang ditidurkan pastinya menjadi igauan buat mereka yang ramai kehilangan ahli keluarga tersayang semasa Covid-19. Nad Zainal pula ditidurkan selama dua hari selepas mengalami masalah paru-paru.
Memetik Kosmo Online, pelakon Cina Buta itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri. Rakan baiknya, Aina Liza memaklumkan hal tersebut melalui WhatsApp.
“Saya baru dapat ‘green light’ untuk berkongsi berita ini.
“Nad ditidurkan dua hari sebab paru-paru dia berdarah. Dah dapat keluarkan semua darah jadi doktor tidurkan dia supaya boleh rehat dan paru-paru kembali kering.
“Tadi, tak dapat nak kongsi (berita) ini sebab nak tunggu kebenaran keluarga dia. Sama-sama kita doakan Nad okey,” katanya.
Instagram dipenuhi doa daripada rakan artis dan peminat
Melalui hantaran yang dimuat naik Nad Zainal dua hari lepas, ia kini dipenuhi dengan doa dan mengharapkan Nad untuk cepat sembuh.
Tidak hanya itu, pelakon Ungku Ismail turut memuat naik Insta Story memohon orang ramai mendoakan Nad Zainal. Dia memaklumkan Nad ada jangkitan pada paru-parunya dan kini sudah berada dalam kestabil namun masih lagi tidak sihat sepenuhnya.
Baca Juga: No More Of Mahiaddin’s Phantom SDs!