Sungguh pantas! Seorang atlet dari Sepanyol mencipta nama dalam Guinness World Records selepas memecahkan 39 biji tembikai dalam masa satu minit sahaja.
Apa yang menarik perhatian umum, dia memecahkan kesemua tembikai itu dengan dengan hanya menggunakan tangannya!
Menurut Guinnes World Records, Roberto Rodriguez mencatat rekod kategori buah tembikai paling banyak dipecahkan dengan menggunakan tangan dalam masa seminit.
Rodriguez menggunakan tangannya untuk melakukan aksi itu sambil buah tembikai dipegang beberapa sukarelawan bertugas.
Jumlah keseluruhan buah tembikai yang dipecahkan adalah 39, cukup untuk membolehkan Rodriguez diberikan gelaran tersebut.
Dia mencatat rekod dunia itu dalam program televisyen khas di Itali, Lo Show Dei Record.
Baca Juga: [VIDEO] Junjung motosikal ke atas, kekuatan lelaki ini buat netizen kagum
Baca Juga: Lelaki ini nekad berhenti kerja sebab nak tengok World Cup Qatar katanya…