Pekerja sanggup telan emas sebab nak seludup, tapi ‘kantoi’ dengan bunyi penggera

  • Post author:

Kadang-kadang dalam hidup ini, ada beberapa kejadian yang berlaku di luar pemikiran kita, sekali gus mengundang rasa pelik.

Baru-baru ini, taktik seorang pekerja lombong di Republik Demokratik Congo (DRC) untuk menyeludup sejumlah besar emas dengan cara menelannya, gagal apabila dia dikesan oleh penggera pintu.

Menurut laman berita Mines.cd, lelaki itu telah menelan emas seberat 81 gram (g), namun ia dikesan penggera pintu ketika cuba meninggalkan sebuah bangunan.

Dia kemudian dibawa ke sebuah hospital tempatan, di mana ujian ultra bunyi memaparkan emas itu bergerak melalui sistem pencernaannya dan dia jugq diberi sejenis produk untuk mengeluarkan emas itu melalui duburnya.

“#DRC Seorang pekerja Kibali (lombong emas) menyeludup 81g emas. Ingin meninggalkan tapak itu, laser pintu dikesan dan kemudian mencetuskan penggera.

“Dibawa ke hospital, emas yang ditelan itu kelihatan pada ultra bunyi. Selepas diberikan produk, dia mengeluarkan emas itu melalui dubur,” demikian menurut ciapan Mines.cd di Twitternya.

Mines.cd memberitahu akhbar Daily Star bahawa maklumat yang diterima itu, disampaikan sumber dalaman dan mereka masih mencari butiran lanjut.

Lombong Emas Kibali terletak di timur laut DRC di wilayah Haut-Uele.

Ia adalah salah satu lombong emas terbesar di Afrika dan dikendalikan oleh Barrick Gold Corporation.

Baca Juga: Tak perlu beri barangan berjenama, Chef Wan sanggup laburkan duit lebih untuk bayar jururawat peribadi buat ibu

Baca Juga: Tiga ‘penumpang’ bergadai nyawa duduk di bahagian kemudi kapal tangki