Pelbagai fitnah dilemparkan, Ebit Lew lega kes tuduhan dibawa ke mahkamah

Isu mengenai pendakwah terkenal, Ebit Lew menjadi bualan ramai apatah lagi segala tohmahan dilemparkan kepada dirinya. Namun Ebit mengaku sedikit lega apabila kes tuduhan terhadapnya dibawa ke mahkamah setelah setahun menanti.

Semakin lama tunggu perbicaraan, semakin banyak fitnah dilemparkan terhadapnya dan beliau terpaksa menanggungnya seorang diri. Beliau sedikit kecewa kerana mahkamah telah memutuskan perbicaraan bersambung Disember, kerana sebolehnya mahu menyelesaikan isu ini secepat mungkin.

“Syukur alhamdulillah sampai ke mahkamah ini, saya harap, mudah-mudahan dapat tahu kebenaran. Saya bersyukur akhirnya (kes ini) sudah sampai ke mahkamah.

“Mahkamah adalah tempat yang paling tak boleh cakap apa sahaja. Kena ada bukti, kalau tak ada bukti, pasti akan ditolak.

“Ikut hati, saya ada rasa sedih juga sebab kena menanti lagi. Kalau boleh saya nak teruskan esok sampai habis tapi, bukan saya menentukan.

Peguam yang mewakilinya, Ram Singh memohon untuk dibicarakan pada November namun pendakwa raya tiada kekosongan kerana tarikh sudah penuh.

“Jadi, kami sama-sama setuju adakan pada Disember,” katanya kepada Utusan.

Tidak mahu terlalu berfikir mengenai kes, beliau akan meneruskan kerja-kerja dakwah lain kerana itulah rutin kehidupannya.

Baca Juga: 11 tuduhan gangguan seksual, Ebit Lew bakal dibicarakan 27 September depan

Baca Juga: Ebit Lew jumpa pelacur di sebuah kelab malam di Jakarta