Pele dikejarkan ke hospital, keadaan kesihatan legenda bola sepak Brazil itu dilapor merosot

  • Post author:

Tahap kesihatan legenda bola sepak Brazil, Pele, 82, dilaporkan merosot selepas beliau dimasukkan ke hospital di Sao Paulo dengan bengkak di seluruh badan.

Menurut Daily Mail memetik ESPN Brasil, Pele yang menghidap kanser metastatik, dikejarkan ke hospital Albert Einstein pada Selasa oleh isterinya dalam kedaaan ‘lemah’.

Kakitangan perubatan mengesahkan beliau mengalami ‘bengkak umum’, sindrom edemigemik selain mengenal pasti ‘kegagalan jantung dekompensasi.’

Turut dilaporkan, rawatan kemoterapi terhadap kansernya tidak lagi berkesan, manakala dia disahkan mengalami kekeliruan mental ketika dimasukkan ke hospital.

Beliau juga menghadapi kesukaran untuk makan, berkemungkinan disebabkan ensefalopati hepatik – gangguan sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit hati yang teruk.

Oleh itu, Pele akan menjalani beberapa ujian untuk penilaian lanjut mengenai masalah yang kesihatan yang dihadapinya.

Media turut melaporkan, situasi dihadapi Pele membimbangkan semua pihak terutama isterinya, Marcia Aokoi.

Bagaimanapun, anak perempuan Pele, Kely Nascimento, yang tidak berada di Brazil, menegaskan situasi dialami bapanya tidak membimbangkan.

Dalam satu kemas kini di Instagram, dia berkata: “Tiada kecemasan atau jangkaan buruk. Saya akan berada di sana untuk sambutan Tahun Baharu dan berjanji untuk menyiarkan beberapa gambar”.

Baca Juga: Pekerja sanggup telan emas sebab nak seludup, tapi ‘kantoi’ dengan bunyi penggera

Baca Juga: Kereta penuh daun ketum, polis tahan seorang lelaki di Lebuhraya Karak