Pelumba MotoGP pun kenal Hairul Azreen ni pelakon

  • Post author:

Hujung minggu lalu, peminat motosikal di negara ini pastinya membanjiri Litar Antarabangsa Sepang, untuk melihat lebih dekat Kejuaraan Motosikal Dunia 2022 (MotoGP).

Ramai pelumba ternama yang selama ini kita hanya tengok di kaca televisyen, ‘berkampung’ di Sepang.

Bagaimanapun ada sesuatu yang menarik perhatian netizen, apabila pelakon Hairul Azreen memuat naik sebuah video bersama seorang bintang MotoGP.

Menerusi hantaran di Instagram Hairul, dia meminta Marc Marquez berkata sesuatu yang peminatnya.

Apa yang mengejutkan, Marc Marquez turut mengenali Hairul sebagai seorang pelakon.

 

“Saya tahu awak seorang yang terkenal, teruskan berusaha.. jangan pernah mengalah…,”

Perkongsian itu membuatkan netizen menyifatkan mereka macam adik-beradik.

“Perh… dia buat macam adik-beradik je.. senang je jumpa macam tuu,”

“Yang lain tak kisah lah nak jumpa siapa… tapi Marc Marquez tidakk!!,

Kredit video: IG Hairul Azreen

Baca Juga: Jarak umur 37 tahun tidak halang pasangan ini jalin cinta

Baca Juga: Lelaki tersilap bayar tambang teksi lebih 1,000 kali ganda, nasib baik dapat semula