Keracunan makanan!
Pemain dan kakitangan kelab gergasi bola sepak, Manchester United dilaporkan mengalami keracunan makanan selepas meraih kemenangan pada saingan Liga Europa di Moldova.
Kelab berkenaan pulang menerusi pesawat peribadi. selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sheriff, Jumaat lalu.
Bagaimanapun difahamkan terdapat kira-kira 12 anggota pasukan yang tidak sihat pada Sabtu lalu.
Pihak kelab sedang mengenal pasti adakah keracunan makanan itu berlaku ketika di Chisinau atau di dalam pesawat ketika dalam perjalanan pulang.
Sebilangan pemain tidak dapat menghadiri sesi latihan pada Sabtu lalu akibat insiden itu, manakala ada juga pemain yang tidak dapat menghadiri sesi latihan pada Ahad.
Kemenangan di Chisinau meletakkan United kembali di landasan yang betul selepas tewas dalam aksi pembukaan Kumpulan E kepada Real Sociedad.
Baca Juga: Pendaki ditemukan selamat, keluar sendiri daripada hutan
Baca Juga: Gempa bumi landa tenggara Taiwan