Pemanasan global makin serius, Ikon Ais Kutub Utara lihat sendiri banyak bongkah ais pecah dan hancur

  • Post author:

Pemanasan global sudah semakin serius dengan banyak bongkah ais hancur di Kutub Utara dan Antartika.

Ikon Ais Kutub Utara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir memberitahu beliau melihat sendiri dengan mata kepala sendiri bagaimana banyak bongkah ais pecah.

Beliau yang beberpa kali menjelajah Kutub dan Antartika berkata, kedaan di kawasan itu amat mengerikan sekali.

“Beberapa saintis dunia sebelum ini berkata akan berlaku iklim ekstrem pada 2040 atau 2041, kenapa mereka berkata demikian? Kerana pada 2040, ais di Antartika akan mencair dengan sangat teruk.

“Antartika ini saiznya dua kali ganda Australia, ambil sahaja sebahagian daripadanya, jika mencair pada 2040, apa akan berlaku? Ini yang saya panggilkan kiamat iklim,” dipetik Astro Awani.

Baca juga Berhenti sekolah sebab kahwin, wanita 27 tahun sambung semula sekolah menengah dengan anak

Baca juga Sejak dia ‘keluar gua’, letih Umno tepis peluru – Orang ramai sokong Rafizi terus terajang geng sakau duit rakyat