Pemandu ini berkongsi rezeki, lain macam caranya….

  • Post author:

Trak pikap biasanya digunakan untuk mengangkut barangan yang banyak, selain kenderaan itu turut berfungsi untuk membantu mangsa banjir.

Namun, apa yang dibuat oleh seorang pemandu pikap di Chiang Rai, Thailand ini ternyata boleh menggembirakan orang sekeliling.

Dia mengambil inisiatif menampal makanan ringan dan pelitup muka pada luar kenderaannya beserta nota yang tertulis ‘Boleh ambil secara percuma’.

Menurut portal The Thaiger, tindakan mulia pemandu trak itu sempat dirakam seorang warga maya yang kemudiannya memuat naik video berkenaan di TikTok menerusi akaun wetchayany.

Difahamkan, individu itu sempat merakam trak pikap berwarna putih ketika ternampak kenderaan itu di kawasan lampu isyarat jalan raya.

Dalam video berkenaan, dapat dilihat sekeliling trak pikap itu dipenuhi makanan ringan dan pelitup muka yang ditampal pada luaran kenderaan itu.

Ketika trak pikap itu berhenti di kawasan lampu isyarat, dua orang remaja lelaki turut dari motosikal untuk mengambil beberapa plastik makanan ringan sebelum mengucapkan terima kasih kepada pemandu kenderaan itu.

Wah! Kreatif sungguh pemandu ini ya memilih cara macam itu untuk berkongsi rezeki dengan orang lain.

Semoga ‘cara’ pemandu trak pikap ini akan menjadi contoh kepada masyarakat di luar sana.

Baca Juga: Monyet paling kaya, nama terdaftar atas tanah seluas 32 ekar

Baca Juga: Piala AFC: Hadiah lumayan menanti KL City