Gambar sekadar hiasan

Pemandu trak tak sedar masuk kawasan kubur lepas tumpangkan dua wanita cantik

  • Post author:

Seorang pemandu trak tidak sedar dirinya memandu kenderaan sehingga ke kawasan perkuburan selepas mendakwa menumpangkan dua wanita cantik bersamanya.

Lapor Agensi, kejadian aneh tersebut dilaporkan berlaku di bandar Semarang, wilayah Jawa Tengah kelmarin.

Apa yang aneh, kejadian mistik tersebut bukanlah berlaku pada waktu malam tetapi dilaporkan pemandu berkenaan memasuki kawasan perkampungan tersebut jam 7 pagi.

Gambar sekadar hiasan

 

Pemandu trak tersebut juga dilaporkan sempat menjerit meminta pertolongan selepas menyedari keadaan yang berlaku, menurut Polis Awam Desa Pringsari, Muhammad Imam Fahruddin.

“Sebaik sahaja menyedari bahawa dia sebenarnya berada di kawasan perkuburan, pemandu tersebut menjerit meminta tolong,” katanya.

Penduduk yang mendengar jeritan lelaki berkenaan tiba ke lokasi untuk membantunya sebelum trak itu berjaya dikeluarkan dari jalan sempit sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan).

“Ketika saya mengambil keterangan, pemandu tersebut didapati tidak berada dalam pengaruh alkohol, sebaliknya ketakutan,” kata Muhammad Imam.

Dari informasi penduduk setempat, kejadian yang berlaku terhadap pemandu trak di kawasan perkuburan  itu bukan kali pertama.

Sebelum ini, penunggang teksi motosikal, penghantar barangan dan penjual susu juga pernah mengalami kejadian serupa beberapa kali.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Sutiyo berkata, ketika kejadian, dia menyedari trak dipandu lelaki berkenaan sempat melanggar  bahagian bumbung rumah seorang penduduk.

“Dia memandu dengan amat laju sehingga melanggar bumbung rumah penduduk sebelum memberhentikan kenderaannya di kawasan perkuburan yang mempunyai jalan sempit.

“Apabila disoal, dia mengaku baru lepas menghantar dua wanita cantik dari persimpangan lampu merah di Karangjati,” kata Sutiyo seperti dilapor Agensi.

Baca juga: Bendera Selangor dikibar separuh tiang bermula Sabtu sehingga Isnin

Baca juga: Netizen sebak dengar anak arwah Abam panggil “ayah”