Pastinya penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) teruja bulan ini kerana bakal menerima bantuan tersebut. Bulan ini bukan sahaja yang berkeluarga tapi bujang juga akan dapat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran berjumlah RM2.2 bilion itu akan memanfaatkan seramai 8.7 juta. BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September ini secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September.
Penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus rayuan BKM.
Menurut beliau, kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan seluruh Keluarga Malaysia terutama ketika negara berdepan cabaran kenaikan inflasi dan krisis geopolitik yang memberi kesan menyeluruh terhadap rantaian global.
Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 20 September melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.
Baca Juga: Mat Kilau trending dekat Twitter lepas ditayang di Netflix hari ini
Baca Juga: Bendera Selangor dikibar separuh tiang bermula Sabtu sehingga Isnin