Pemilik Kelantan FC mahu beri tanah kepada pemain terbaik sebagai bonus

Sebagai seorang manusia biasa, kita pastinya akan bekerja dengan lebih kuat jika diberi imbuhan. Pemilik Kelantan FC menjanjikan pemain terbaik The Red Warriors (TRW) tanah lot banglo jika pasukan itu mengatasi Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV.

Perkara itu dijanjikan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman dengan pemain lain juga akan diberikan bonus jika berjaya meraih tiga mata diharapkan.

“Insya-Allah, saya berikan bonus pada semua pemain juga kalau menang malam ini. (Hadiah) tanah ini untuk yang terbaik, tak kiralah siapa asal saya rasa terbaik.

“Keputusan saya muktamad. Ini hadiah, jangan banyak songel nak lebih-lebih. Syukurlah dapat…Kang tak bagi langsung kang.

“Dalam satu kelas tak semua terbaik, dalam satu sekolah kita berikan hadiah pada yang cemerlang. Ini tanah peribadi saya untuk pemain saya. “Terpulang siapa saya nak bagi. Kalau banyak bunyi lepas ini saya tak mahu bagi bonus,” tulisnya di Facebook miliknya, hari ini.

Kelantan dibezakan tiga mata daripada pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) II dengan impian TRW untuk mengejar kejuaraan Liga Perdana musim ini seakan sudah tertutup.

Baca Juga: Harap privasi dihormati, Neelofa tak akan sembunyikan Bilal selamanya

Baca Juga: Alasan terlalu lama tunggu-Pengguna motosikal paling ramai langgar lampu isyarat