Peminat mahu Cita Citata masuk politik, berani suarakan harga barang naik di media sosial

  • Post author:

Kenaikan harga bukanlah isu yang hanya berlaku di Malaysia malahan seluruh dunia terkesan dengan kenaikan harga barang yang boleh dikatakan terlalu mendadak. Baru-baru ini penyanyi Indonesia, Cita Citata pula meluahkan rasa marah ekoran kenaikan harga barang.

Disebabkan keberaniannya meluahkan isu yang membelenggu rakyat, peminatnya mahu Cita untuk masuk ke dalam bidang politik dan menjadi wakil suara rakyat.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, penyanyi berusia 28 tahun itu kesal dengan kenaikan harga barangan runcit. Situasi tersebut menekan rakyat termasuk dirinya sebagai seorang selebriti.

Hantaran di Instagram Cita Citata


“Semua naik harga. Cili naik, minyak juga sama naik. Banyak sangat salah laku rasuah. Jumlah masyarakat yang menganggur juga banyak. Semakin susah cari kerja. Nanti makin ramai orang buat jahat,” katanya.

Perkongsian penyanyi itu sekali gus menarik perhatian peminat apabila memuji tindakannya yang berani bersuara tentang masalah dihadapi rakyat negara tersebut.

“Bagus! Masih ada yang berani bersuara dan berjuang untuk rakyat. Layaknya Cita Citata terjun dalam bidang politik,” kata seorang peminatnya.

Kalau selebriti pun terkesan dengan kenaikkan harga barang, apatah lagi rakyat marhaen macam kita yang kerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang ini. Pastinya lebih terasa dan terbeban dengan kos harga barang sekarang.

Baca Juga: Tidak lagi menyanyi dangdut lepas bertudung, Cita Citata ubah genre muzik

Baca Juga: Ketika bertalu desakan minta segera PRU-15, ringgit cecah paras terendah sejak krisis kewangan Asia 1998