Peminat sanggup bayar RM3 juta untuk 5% saham Kelantan FC

  • Post author:

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman dedah pihaknya menerima tawaran daripada peminat fanatik pasukan itu untuk membeli lima peratus saham The Red Warriors (TRW) dengan nilai RM3 juta.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, Zamsaham menjelaskan dia akan mengumumkan perkara itu sekiranya ia dapat dimuktamadkan nanti.

“Terima surat permohonan dari fans (penyokong) setia bola Kelantan FC berminat nak beli 5 peratus saham TRW Kelantan FC pada harga RM3,000,000. Insya-Allah, kalau jadi saya akan umumkan,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, Zamsaham menjangkakan nilai pasukan Kelantan akan semakin naik jika kelab itu dapat membuka padang latihan di setiap jajahan negeri terbabit.

“Insya-Allah valuation (nilai) TRW Kelantan FC akan semakin naik jika dapat buka padang latihan di setiap jajahan negeri Kelantan yang seterusnya baik untuk ubi-ubi (pemain) muda.

“TRW Int Football academy juga akan menjadi platform terbaru memperkuatkan ekosistem. Saya juga plan nak buka lebih banyak TRW Shop,” katanya.

Kelantan menunjukkan prestasi cemerlang musim ini dan sedang memimpin carta Liga Perdana dengan mengumpul 35 mata selepas 15 perlawanan, lima mata mendahului Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di tangga kedua yang kekurangan satu perlawanan.

Persembahan terbaik dipamerkan anak buah Rezal Zambery Yahya itu juga dilihat berjaya menarik kembali sokongan peminat TRW dengan ribuan penonton sentiasa membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV musim ini apabila ada perlawanan membabitkan pasukan mereka lapor Berita Harian.

Netizen terkejut TRW bernilai RM60 juta?

Setelah buat pengiraan jika benar peminat itu mahu membeli lima peratus saham dengan harga RM3 juta, ini bermakna TRW secara keseluruhan bernilai RM60 juta.

“Wow! Kalau RM3 juta untuk 5 peratus, Nilai TRW Kelantan FC sekarang ialah RM60 juta,” komen Nuzurul Ahmady.

“Bermakna nilai keseluruhan saham TRW RM60 juta? Biar betul, tapi kalau betul memang Wow!” komen Ruba’ie Maksom.

Baca Juga: Ronaldo buat hal lagi, tak mahu jumpa peminat selepas kalah 0-4

Baca Juga: Menangis, umum undur diri Aliff Syukri tetap lancar lagu dangdut dengan Baby Shima hari ini