Pempengaruh mati jatuh dari tingkat 22-Abang kandung sedih Syazlin tidak sempat sambut ‘birthday’ 14 Nov ini

Abang kandung kepada pempengaruh Syazlin Zainal yang dilaporkan jatuh dari tingkat 22 menzahirkan rasa sedih apabila adik bongsunya itu tidak sempat sambut ‘birthday’ pada 14 November ini.

Abang keduanya, Reza Zachary Zainal mendedahkan kali terakhir keluarga bertemu Syazlin kira-kira dua minggu lalu, malah dua hari lalu adiknya itu ada memberi ucapan hari lahir buat abang sulung mereka.

Reza berkata, Syazlin merupakan seorang yang periang di mana dia banyak menguruskan majlis-majlis keluarga.

” Dia seorang yang penyayang dan suka main dengan anak-anak buah, buat video dengan anak-anak buah dia seperti yang dia kongsi di media sosial.

” Selalunya keluarga memang akan sambut hari lahir dia dan abang serentak,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Mereka sekeluarga menetap di Kuala Lumpur, namun Syazlin berada di daerah ini kerana menjalankan penggambaran.

Dia berkata, jenazah Allahyarham Syazlin dibawa pulang ke Kuala Lumpur untuk dikebumikan, selepas selesai proses bedah siasat.

Menurut Reza, Syazlin atau nama sebenarnya Syazlin Suhaizan meminati bidang seni sejak di bangku sekolah dan menceburi bidang peragaan dan iklan sebelum bergelar pelakon.

Reza turut memohon orang ramai yang mengenali Syazlin mendoakan Allahyarham supaya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Allahyarham Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.

Allahyarham adalah anak bongsu daripada lima beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat melaporkan seorang wanita berusia 26 tahun yang juga seorang pelakon sambilan ditemui meninggI dnia selepas dipercayai jatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar di sini, jam 12.50 tengah hari semalam.

Raub memberitahu mangsa berusia 26 tahun disahkan meninggI dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan adalah seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan bekerja sebagai seorang pelakon sambilan.

Syazlin disifatkan sebagai seorang happy go lucky dan murah dengan senyuman.

” Sebab kem4tian adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan mangsa disahkan meninggI dnia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.

Baca juga:

Wah! Beribu-ribu ikan naik atas jambatan, untung orang Koh Lanta dapat ikan

Baca juga:

Tiada niat lain hanya mahu bahagiakan ibu tunggal anak 5-‘Abang sado’ pilih isteri 23 tahun lebih tua