“Penat kahwin dengan duda anak 1, asyik habis duit kat anak tiri sampai nafkah aku ke laut dalam”

Seorang suami dan juga bapa yang bagus pasti akan pandai mengimbangi kewangan kerana ia salah satu perkara yang penting dalam rumahtangga.

Namun, wanita ini berasa amat kecewa apabila duda yang dikahwininya sangat berkira dalam memberinya wang kerana perlu menanggung anak kecil yang sudah pandai meminta-minta.

Hai semua. Kenalkan diri aku, Bunga sudah berkahwin dengan si Razif, duda anak 1 perempuan umur 10 tahun aku gelarkan dia Alia. Terima kasih admin jika cerita ini disiarkan tapi sangat berharap disiarkan untuk aku dapatkan kata – kata semangat ataupun nasihat untuk orang keras kepala macam aku.

Kami dah kahwin 3 tahun dikurniakan sorang anak perempuan yang akan aku gelarkan Girl (1 tahun). Dalam tempoh 3 tahun ni dah 2 kali kami naik mahkamah untuk proses cerai tapi sampai sekarang kami belum bercerai sebab Razif tarik kes semula di depan hakim.

Kali pertama Razif yang failkan sebab kami berg4duh dan aku ancam dengan kekerasan pada Girl. Sebab itu je cara untuk bagi Razif marah pada aku. Aku layan Girl (6 bulan) dengan kasar depan mata Razif. Baru la Razif start marah.

Mula-mula tu kami dah berg4duh. Aku dah bising – bising tapi Razif cuma senyap membatukan diri langsung tak endah kan aku yang dah macam orang gila meng4muk menangis sambil lempar segala barang. Sebab kan aku geram dia tak endah, Girl la jadi m4ngsa untuk bagi Razif sedar aku tengah marah!

Sebab aku marah? Macam aku cakap Razif duda anak 1. Dan benda yang selalu buat kami g4duh mesti sebab Alia tak pun mak nye Alia, bekas isteri Razif. Alia duduk dengan mak dia tapi cuti sekolah selalunya Alia mesti akan balik.

Aku tak kisah pun Alia ni nak balik bila – bila sebab tiap kali balik dia akan balik rumah mak mertua bukan rumah kami, sebabnya rumah mertua lagi ramai sepupu dia (kak ipar duduk dengan mertua) dia takkan bosan dapat bermain.

Sebab siang malam kami suami isteri kerja walaupun weekend pun sebab kami kerja shif balik lewat pukul 10 baru sampai rumah. Girl dekat pengasuh, siapa yang balik dulu dia akan ambik. Jadi setiap kali Alia balik rumah mertua, kami pun akan pergi dan tido sana, lagipun jarak tak jauh cuma 10 minit.

Berbalik pada kenapa aku selalu g4duh dengan Razif sebab pada mata aku Razif selalu lebih kan Alia tiap kali Alia balik. Apa sahaja kemahuan, kehendak Alia confirm Razif ikut tak kisah jika terp4ksa beli barang tu mahal murah.

Tapi selalunya mahal sebab beli barang mainan ke baju ke Alia taknak ye beli dekat kedai RM2 ke DIY ke ye sebab dia kata mak dia selalu bawak jadi dia nak benda lain. Jadi kami akan ke mall. Kat situ la akan beli mainan dan apa-apa barang Alia nak.

Bayang ye kalau dalam sebulan tu 3 – 4 balik tiap kali tu jugak akan beli macam macam. Jadi kalau Alia balik, Razif akan advance siap – siap dekat bos dia tapi sorokkan dari aku sebab kalau bagitau confirm la aku akan bising.

Dorang pergi mall pun kadang-kadang aku tak ikut sebab Alia ni pandai pulak mengadu dekat Razif nanti aku tak bagi beli macam-macam. Jadi Razif akan bawak masa aku tengah kerja. Dia bawak anak-anak buah dia (anak kak ipar) dan Alia ke mall.

Bila advance 3 – 4 kali dalam sebulan apa je tinggal bila gaji. Aku jugak terp4ksa hadap nak kena bayar itu ini. Pampers, pengasuh Girl aku yang kena bayar sebab bila gaji, Razif cuma dapat bayar sewa rumah dan bil – bil. Kadang-kadang jadi negatif duit nye aku yang kena tambah.

Kalau lebih pun sikit sangat dalam 3-4 puluh ja. Itu la untuk makan sebulan. Nafkah untuk aku lagi la ke laut dalam. Aku fed up sebab ibarat aku kena tanggung Girl. Razif tanggung Alia yang bermewah – mewah sedangkan barang-barang Girl baju ke mainan semua aku yang beli.

Aku cari yang murah – murah je dekat shopee kadang-kadang aku beli prelove kadang-kadang aku beli bundle. Jarang sangat beli yang mahal macam Alia, lagi lagi kalau dalam mall tu. Walaupun murah asalkan Girl boleh pakai dan cantik. Tiap kali aku mintak duit, Razif cakap takda duit dah tolak itu ini.

Haih penat mental aku macam ni. Macam mana la tak g4duh. Si Alia pulak satu hal. Aku ni macam mak – mak biasa la. Anak buat salah aku marah la. Tapi sejenis Razif, anak tak boleh di marah, tak boleh di tegur. Bayang eh berkali-kali Alia ni masih k3ncing malam.

Jadi setiap kali sebelum tido aku mesti akan suruh gosok gigi k3ncing cuci kaki. Tapi sebab budak – budak ni jadi pemalas lepas dah penat main langsung tak hirau apa aku suruh buat. Mula mula dulu aku layan kan la k3ncing malam tu cuci jemur tilam ape bagai sebab yelah dekat rumah mertua kan. Lama – lama aku pun fed up penat nak settle Girl lagi.

Sekarang apa apa aku lantak kan aje Razif yang settle. Bila Razif tahu penat nak kemas baru la sekarang dia suruh Alia pergi toilet sebelum masuk tidur. Hasilnya jarang sangat dah dia k3ncing malam. So sebab aku yang terlalu banyak itu ini tegur macam-macam Alia macam jadi tak suka aku.

Satu hari dia balik rumah mak dia bagitau aku potong rambut dia pendek. Mak dia whatsapp Razif marah – marah sebab aku potong rambut Alia. Nasib baik Razif back up aku dan cakap yang aku takkan buat semua tu. Jadi Razif whatsapp Alia (Alia ada hp sendiri) suruh cerita betul-betul apa yang jadi.

Rupanya dia dan sepupunye main gunting – gunting rambut. Takut kena marah dengan mak dia, dia sebut aku yang buat. Benda ni sikit pun aku tak tahu mula mula. Aku terbaca whatsapp Razif baru aku tahu. Dan Razif senyap kan aje.

Waktu raya masa salam tu aku suruh Alia mintak maaf sebab dia dah belajar menipu dan aku sangat pantang dengan budak yang kecik dah pandai menipu. Dia geleng kepala tak nak mintak maaf sampai lari masuk bilik konon nak nampak aku yang sengaja suka marah dia agaknya.

Aku cakap dekat Razif selagi Alia tak mintak maaf selagi tu jangan heran dan jangan persoalkan kalau aku abaikan dia terus sebab selama ni kalau keluar ke apa aku tetap bayar kan apa-apa barang Alia kalau Razif dah habis duit. Razif cuma cakap biasa la budak-budak.

Ye sebab budak la jangan di biasakan menipu. End up kami yang gaduh dan ulang benda yang sama aku bebel Razif buat donno, Girl jadi mangsa marah aku. Aku biar dia nangis, aku langsung tak nak bagi susu sebab Girl full susu badan dengan aku.

Bila Girl dah melalak baru la Razif pujuk aku cakap baik – baik. Banyak lagi aku nak cerita sampai aku disahkan MDD & anxiety kena makan ubat untuk kawal keadaan aku. Tapi macam dah panjang nanti la sambung part 2 kalau ada yang nak. – Bunga (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Capai 9A dalam SPM, Erysha Emyra ‘bengang’ ramai setuju trend kegagalan demi content