Penghuni terkejut nampak ‘Pak Belang’ berehat santai bawah rumah

  • Post author:

Penghuni di sebuah rumah berdepan detik cemas apabila mendapati, seekor harimau akar sedang berehat di bawah kediaman mereka.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Kampung Pagar Sasak, Kuala Lipis, dan berehat di bawah sebuah rumah penduduk di kampung itu petang semalam.

Penghuni rumah tersebut yang terkejut selepas menyedari terdapat seekor harimau berada di bawah rumahnya, segera menghubungi pusat gerakan operasi (PGO) Bomba Pahang bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.

Timbalan Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan harimau itu jam 5.39 petang.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis diarahkan ke lokasi kejadian bagi tujuan pemantauan awal.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mengesahkan haiwan itu adalah dari spesis harimau akar dan sedang berehat di bawah rumah penduduk yang terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak, Lipis,” katanya.

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi kenyataan media yang dikeluarkan.

Baca Juga: Harap dapat pulihkan keyakinan rakyat, Anwar tolak gaji Perdana Menteri

Baca Juga: VIDEO] Suara dan ‘persembahan’ wanita ini buat netizen