Pengorbanan seorang ayah, ‘kejar’ bas demi anak

  • Post author:

Rasanya ramai pernah merasai pengalaman tertinggal bas disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.

Cara paling mudah, adalah dengan membeli tiket baru, bukan? Itu antara langkah yang paling cepat dan tidak merumitkan lagi keadaan.

Namun berbeza dengan tindakan seorang ayah ini yang sanggup mengejar semula bas itu kerana perjalanan mereka yang lewat satu minit dari masa yang ditetapkan.

Apa yang membuatkan si ayah ini sanggup mengejar bas itu kerana anaknya yang sepatutnya menaiki pengangkutan awam berkenaan.

Walaupun terdapat aksi ‘kejar mengejar’, anak perempuannya itu sempat menaiki bas berkenaan.

Anak perempuannya menaiki bas itu di tepi lebuh raya sebelum hentian R&R di Genting Sempah.

Salute kepada ayahnya dan syabas juga kepada pemandu bas tersebut yang sanggup berhenti di tepi jalan untuk mengambil penumpang.

“Apa aje yg ayah tak buat demi anak? Sebolehnya akan diusahakan,”

“Saya pun kena tinggal bas.. smpai karak ayah kejar bas tu, terima kasih ayah,”  kata seorang netizen.

Baca Juga: Hanya sebab duit, tiga lelaki dihukum mati kerana halang projek mega di Arab Saudi

Baca Juga: Jalan sekitar Gombak ditutup bermula 1 tengah hari esok