Pengundi muda ikut pilihan ibu bapa, tak tahu mana yang perlu diundi

  • Post author:

Sebagai pengundi pertama kali, pastinya mereka tidak tahu untuk memilih pemimpin dan parti yang perlu disokong. Jadi jalan pintasnya, mereka akan memilih untuk memangkah parti yang sama dengan ibu bapa.

Seorang pelajar dari Perak memilih untuk membuang undi kepada parti yang sama dengan ibunya. Alasannya dia masih tidak tahu parti mana yang perlu disokong.

“Saya belum terdedah dengan parti, segala manifesto juga tidak sampai kepada saya, jadi saya pilih ikut ibu saya.”

Ibu suruh sokong orang kampung

Seorang pekerja pusat beli-belah menyokong parti yang sama dengan ibunya kerana yang bertanding di kawasan tersebut adalah orang kampung tersebut juga.

“Ibu saya maklum yang bertanding di kawasan inilah yang selalu membantunya, calon lain pula hanya muncul lima tahun sekali.

“Jadi bila difikirkan bantuan yang sering diterima, maka saya pun memilih untuk mengundi parti yang sama.”

Seorang pengundi wanita juga tidak mahu parti terlalu taksub dengan agama. Minta parti jangan kaitkan agama dengan parti.

“Hanya sebab tak sokong parti, kita dinerakakan. Mereka perlu sedar Islam tu dah wujud sebelum parti tu lagi. Jadi janganlah disebabkan tak sokong parti, kita pula dikatakan tidak besar dalam agama Islam.

Pemimpin perlu sedar, apabila usia yang muda disuruh mengundi dan tidak memberikan ajaran yang sebenar maka orang muda akan lebih mengikut cakap orang tua.

Apatah lagi keputusan mereka cepat berjubah mengikut pendapat orang tua mereka, jadi diharapkan untuk pemimpin bagilah ilmu kepada anak muda. Bukan hanya kepada pelajar universiti tapi juga anak kampung.

Baca Juga: Mahu isu air selesai di Kelantan, wanita harap dapat pemimpin yang lebih berwibawa di Kelantan

Baca Juga: 80 peratus keluar mengundi hari ini, HARAPAN boleh menang 85 hingga 93 kerusi- Dr Mazlan