Penting untuk ada dana kecemasan 6 hingga 12 bulan gaji- Ini antara nasihat pakar kewangan untuk anak muda

  • Post author:

Pelabur dan Pakar Hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad mengingatkan orang ramai betapa pentingnya simpanan kecemasan yang dapat membantu anda sekiranya berhadapan dengan masalah kewangan di masa hadapan

Beliau berkata, simpanan kecemasan selama enam hingga 12 bulan amat penting lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkahwin.

Bagi individu yang baru mula bekerja, beliau menyarankan agar mereka belajar memenuhkan dana kecemasan dahulu sebelum membeli kereta atau melancong ke luar negara.

Kami kongsikan kepada anda perkongsian penuh dari Dr Azli yang juga pakar kewangan berkenaan cara menabung dana kecemasan,

Cara menabung dana kecemasan

1. (Apabila) mula bekerja, belajar penuhkan dana kecemasan dulu sebelum nak beli kereta atau jalan-jalan ke Jakarta.

2. Jika dah kahwin, sebaiknya dana kecemasan ini ada 6 hingga 12 bulan simpanan belanja atau gaji kita. Kita pernah kena kurung 24 bulan, lagi banyak simpanan lagi baik.

3. Jangan buat personal loan untuk ada dana kecemasan ini. Saya tahu ada guru yang ajar begitu, sesungguhnya kita akan sesat dalam terang.

4. Jangan guna dana kecemasan untuk beli apa-apa kehendak kita, ia digunakan bila benar-benar cemas sahaja. Sale Shopee 11/11 bukanlah kecemasan!

5. Letak dana kecemasan ini dalam bank, ASB, Tabung haji atau Deposit Tetap bank. Jangan jadikan emas, saham, hartanah sebaiknya. nanti bila sesak susah nak cairkan.

Kawan kawan, lindungi diri sendiri. Tiada siapa akan bantu kita bila kita susah nanti. Bila dah susah nak menyesal pun dah tak guna.

Baca juga: “Macam ada unsur sabotaj”, netizen berang tiket ‘flight’ naik mendadak lepas satu jam tarikh PRU diumum

Baca juga: Tahniah Abang Viva dan isteri, netizen kata lepas ni bolehlah naik bot berdua