Jabatan Polis Metropolitan Tokyo memperkenalkan hukuman lebih tegas bagi empat salah laku penunggang basikal.
Menurut akhbar The Maniachi, pengenalan hukuman itu dilakukan ekoran peningkatan kes kesalahan lalu lintas di bandar ibu kota Jepun.
Di bawah peraturan yang berkuatkuasa akhir Oktober lalu, penunggang akan dikenakan saman trafik dan bukannya amaran jika didapati mengabaikan lampu isyarat, gagal berhenti seketika di kawasan tertentu, melawan arus atau berbasikal secara laju di kaki lima.
Insiden membabitkan basikal mengakibatkan banyak kemalangan jalan raya di Tokyo sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Data polis menunjukkan ia menyumbang sehingga 46.6 peratus dalam angka kemalangan tahun ini setakat akhir September lalu.
Pada 2021, Jepun melaporkan 21,906 kes berbasikal secara haram dan 359 kematian akibat kemalangan basikal.
Sekitar lebih 75 peratus kes itu melibatkan kematian, pelanggaran peraturan dan mengabaikan lampu isyarat.
Di bawah peraturan lebih tegas itu, individu yang dikenakan dua saman dalam tempoh tiga tahun perlu menghadiri kursus berbasikal yang diselia polis selama tiga jam, di mana mereka perlu membayar sebanyak 6,000 yen (RM196) untuk sesi berkenaan.
Mereka yang gagal menuruti arahan akan disaman sehingga 50,000 yen (RM1,636).
Pesalah juga boleh dikenakan hukuman jenayah walaupun kadar pendakwaan akibat saman hanya sekitar satu hingga dua peratus.
Baca Juga: PRU-15: PH yakin kadar keluar mengundi lebih 80%
Baca Juga: PRU-15: Fahmi Fadzil tekad tidak ambil gaji jika dilantik dalam Kabinet