Perbezaan pendapat, sistem kepercayaan dan ideologi, Sakinah bagi hint hubungan dah berakhir

Dilihat seperti pasangan dua sejoli, Sharifah Sakinah must naik hantaran di Instagram dengan kapsyen seolah-olah perkahwinan yang dibina tahun ini sudah sampai ke penghujung dek kerana ada perbezaan di antara mereka.

Sharifah Sakinah sebelum ini menarik perhatian ramai apabila dia membuat keputusan untuk mencukur rambutnya sehingga botak.

Berdasarkan status yang ditulis, Sakinah, 33, berkata, dia dan suaminya, Michael Hensen mempunyai pandangan dan kepercayaan berbeza, sekali gus tidak boleh menjadi pasangan.

“Kami memiliki perbezaan pendapat, sistem kepercayaan, perspektif dan ideologi.

“Sebab itu kami tidak boleh lagi menjadi pasangan. Tamat,” tulisnya.

Tidak mahu terima tohmahan dan kritikan atau menjawab sebarang soalan, Sakinah menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.

Baca Juga: Berjodoh dengan bekas guru disiplin, pasangan ini tidak kisah walau beza umur 20 tahun

Baca Juga: ‘Mydin tak sebut pun nama Caprice tapi kalau nak saman, boleh hantar pada peguam saya’