Perdana menteri bakal menghadap Agong petang ini

  • Post author:

Desas desus pembubaran dewan rakyat semakin kuat apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, 4 petang ini.

Berita Harian melaporkan khabar angin bertiup kencang Ismail Sabri akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat sekaligus menjawab kemungkinan PRU-15 diadakan tahun ini.

Sebelum ini Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan PRU-15 diadakan pada tahun ini juga walaupun mendapat tentangan ramai pihak terutamanya rakyat yang bimbang isu banjir di hujung tahun.

Dalam tentatif rasmi, Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini untuk mempersembah Bajet 2023 tetapi desas-desus mengatakan beliau juga akan memohon perkenan pembubaran Dewan Rakyat. Teka-teki pembubaran itu mungkin akan terjawab petang ini.

Baca Juga: 5 Oktober 2022 berakhirlah politik katak di Malaysia-Undi rakyat tidak akan dikhianati lagi

Baca Juga: JKM mohon bantuan kesan ibu bapa Ayyash