Perintah berkurung dilanjutkan hingga 7 Oktober

  • Post author:

Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 7 Oktober depan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi itu membabitkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

“Perintah berkurung diteruskan bagi memastikan kawasan perairan terlibat tidak diceroboh pengganas, sekali gus mengancam keselamatan penduduk termasuk penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan serta pelancong asing melawat pulau peranginan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Idris berkata, perintah berkurung itu juga akan memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan terhadap pergerakan bot dan menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada penduduk maritim dengan kehadiran pasukan keselamatan.

Menurut Idris, semua ketua polis daerah di ESSZone diberi kuasa mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau keperluan mendesak lain untuk melalui kawasan perintah berkurung itu.

Baca Juga: Tak tahan tanggung hutang, lelaki buat keputusan lari ke landasan kereta api

Baca Juga: 28 juta tonton pemakaman Ratu Elizabeth II