Antara siri animasi kanak-kanak paling popular, Peppa Pig sering dijadikan pengantara oleh ibu bapa supaya anak-anak cepat fasih bahasa Inggeris namun tindakan produksi memperkenal watak pasangan lesbian undang rasa tak puas hati ibu bapa.
Walaupun adegan itu adalah untuk memperkenal norma baru buat kanaka-kanak mengenai golongan LGBT dalam negara barat, ia nampaknya tidak sesuai untuk tontonan masyarakat yang berbilang agama dan kepercayaan berbeza.
Kewujudan watak baru serta adegan yang tidak sepatutnya menjadi tontona kanak-kanak pastinya akan menurunkan rating rancangan tersebut apabila ibu bapa mula memboikot lapor laman portal Meawww.
Minggu lepas, siri Peppa Pig memperkenalkan adegan bercium-ciuman antara pasangan sejenis yang dianggap mampu memberi pengaruh negatif dalam kalangan kanak-kanak.
Rata-rata ibu bapa di Malaysia pula kecewa dengan pengenalan karakter berkenaan kerana siri tersebut mampu mengajar kanak-kanak berbahasa Inggeris, namun kini tidak dapat dipertontonkan lagi.
“Sangat tidak perlu. Semua cerita nak di-LGBT nampaknya. Tiada lagi Peppa Pig untuk anak-anak,” komen Shafiq1409
“Kenapa Peppa, kenapa? Peppa Pig adalah siri untuk belajar berbahasa Inggeris,” komen Faralizz
Mungkin selepas ini ada rancangan kanak-kanak di Malaysia yang menggunakan bahasa Inggeris supaya senang anak-anak untuk belajar dan tidak timbul isu LGBT lagi.
Baca Juga: Ibu yang lahirkan, budak 6 tahun menangis muka disamakan dengan bapa
Baca Juga: Suka-suka ganti dengan kentang putar, lelaki ini bagi idea macam mana nak ajar pengurusan KFC