Permainan di tapak pesta gagal berfungsi, tempat duduk terhempas dari aras tinggi

  • Post author:

Berkunjung ke tapak pesta yang menyediakan bermacam jenis permainan sememangnya mengujakan pengunjung yang hadir.

Pastinya perasaan ingin cuba itu membuak-buak, apatah lagi permainan yang terdapat di situ nampak menyeronokkan.

Namun berbeza pula situasi di sebuah tapak pesta yang terletak di India.

Dilaporkan permainan di sana gagal berfungsi sehingga menyebabkan ia terhempas ke tanah dari aras tinggi.

Kejadian malang itu dilaporkan berlaku di tapak pesta di Dussehra di Mohali, India, pada Ahad malam.

Rakaman video memamparkan bahagian tempat duduk bulat yang berpusing pada sebatang tiang tinggi  itu, secara tiba-tiba terhempas.

Menerusi laporan berasingan, kebanyakan mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang dan rahang.

Baca juga: Bubur ulat hijau berlendir dan pepijat untuk murid sekolah atasi kebuluran di Zimbabwe

Baca juga: Cemburu bekas pasangan ada teman lelaki baru, lelaki sanggup suap anak yogurt beracun