Siapa sahaja tak kenal celoteh Kak Lina Pom Pom atau Elly Mazlein yang kini menempah nama sebagai pengacara untuk Muzikal Lawak Superstar dan Gegar Vaganza 9. Namun ramai masih mengaitkan isu penarikkan diri semasa menyertai Gegar Vaganza 3.
Bagi penyanyi dan pengacara, isu tersebut dikatak telah selesai lama diantaranya dengan Datuk Ramli MS setelah berkecil hati dengan komen yang diberikan Ramli MS kepadanya ketika menjadi peserta rancangan terbabit.
Jelas Elly, selaku individu yang lebih muda, dia sudah meminta maaf dan menganggap kontroversi yang berlaku hanya isu kecil yang tidak perlu lagi diperbesarkan.
“Alhamdulillah, hubungan kami sangat baik. Sudah boleh bergurau, kata orang. Sampai bila kita hendak bermasam muka kan? Lagipun, isu itu tidak besar mana pun.
“Sebagai orang yang lebih muda, saya sudah meminta maaf dan melupakan insiden tersebut. Lagipun, benda sudah lama,” katanya.
Penyanyi Bakawali itu menarik diri daripada pentas GV3 selepas berkecil hati dan kecewa dengan komen Ramli yang menganggap, dia menggunakan simpati untuk kekal bertahan dalam program realtiti tersebut.
Elly bagaimanapun, kini kembali ke pentas GV sebagai pengacara, menggantikan Jihan Muse yang sedang berpantang lapor Utusan.
Baca Juga: Bawa watak sedih, Zizan akui babak menangis sukar dilakukan
Baca Juga: Hanya diarah tukar kelas, seorang guru tak puas hati bertindak letak klorin dalam makanan murid