Pesakit masih hidup semasa dibawa ke bilik mayat, doktor hanya sahkan kematian sehari kemudian

Disangka mati sebelum tiba masa pastinya menakutkan ramai orang namun itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang juga pesakit penjagaan paliatif yang didakwa masih hidup ketika dia dipindahkan ke bilik mayat di Australia, kata mahkamah koroner.

Mahkamah mengesahkan kes itu sedang disiasat kerana pertama kali dilaporkan berlaku dan siasatan juga dijalankan terhadap seorang doktor yang iminta untuk mengundurkan tarikh (backdate) kematian pada sijil kematian lelaki itu dalam percubaan untuk menutup insiden berkenaan, lapor Business News.

“Mahkamah koroner pada Isnin lalu memulakan siasatan selepas menerima maklumat mengenai kejadian daripada seorang doktor di Hospital Rockingham.

“Siasatan dijalankan terhadap lelaki berusia 55 tahun itu dibuat bagi mengenal pasti kematiannya,” kata jurucakap.

Pesakit itu dikatakan masih hidup ketika dimasukkan ke dalam beg mayat, tanpa sijil kematian dikeluarkan, pada 5 September lalu. Bagaimanapun, mahkamah tidak mendedahkan sebarang perkembangan siasatan kepada umum.

Seorang doktor di Hospital Rockingham diminta mengesahkan kematian sehari kemudian dan didakwa menemui darah segar pada pakaian hospital lelaki itu, mata lelaki itu juga dikatakan celik manakala posisi anggota badan beralih kedudukan dan beg mayatnya dalam keadaan terbuka.

“Saya percaya darah yang dikesan pada pakaian adalah disebabkan koyakan kulit baharu, kedudukan lengan dan tanda mata tidak konsisten dengan seseorang yang dibedah siasat sebaik tiba di bilik mayat,” kata doktor dalam laporan kepada mahkamah.

Kakitangan lain di hospital itu mengesahkan mata lelaki itu sudah ditutup dan pakaiannya sudah ditukar sebelum dipindahkan dari wad ke bilik mayat. Doktor merekodkan kematian lelaki itu pada 6 September, namun tarikh itu dipersoalkan pegawai pengebumian.

Baca Juga: Kipas pengalir udara tidak dibuka punca 3 pengsan hidu gas

Baca Juga: ‘Budak’ universiti mana selamba ‘menyotong’ di kampus ni? – Nak menari begitu pergi tempat lainlah, gila!