Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kelantan menggagalkan cubaan menyeludup 1,608 vape bernilai RM192,960 di pangkalan haram Tebu, semalam.
Rampasan pada jam 1.45 petang itu, dilakukan hasil rondaan yang dilakukan anggota bertugas di Kampung Lubok Gong.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ketika membuat rondaan, anggota bertugas telah mengesan sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan.
“Menyedari kehadiran kami, pemandu tersebut bertindak melarikan diri ke arah hutan berhampiran.
“Hasil pemeriksaan terhadap kotak-kotak yang berada di dalam pacuan empat roda tersebut menjumpai 1,608 pelbagai jenama perisa vape disyaki untuk diseludup ke negara jiran melalui jalan yang tidak diwartakan,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurut Muhamad Zaki lagi, kesemua barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir mas untuk tindakan lanjut.
“Jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM312,960,” katanya.
Baca Juga: Umur 100 tahun, tapi doktor ini tetap nak kerja
Baca Juga: Terkejut lihat wanita hamil jatuh ke dalam laut, nasib kaki pancing sempat selamatkan