PH lancar manifesto Khamis depan – Anwar

  • Post author:

Pakatan Harapan (PH) dijangka melancarkan manifestonya sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Khamis depan iaitu 20 Oktober.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelancaran itu adalah sempena Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh, Perak yang diawalkan daripada jadual asal pada 29 Oktober.

“…kita tidak mahu (manifesto) yang panjang, (sebaliknya) kita akan cuba sedaya upaya sebaik mungkin. Tetapi teras manifesto mesti (berkaitan) kos sara hidup, pendidikan, kemudahan kesihatan, peluang pekerjaan serta menghapuskan rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Menurut Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat, beliau tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menghadapi PRU15

“Pintu untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sentiasa terbuka, namun ia harus berlandaskan prinsip tertentu dan bukan hanya untuk melawan UMNO serta Barisan Nasional selain PH turut bersetuju mengadakan pakatan pilihan raya dengan MUDA dan Parti Sosialis Malaysia,” katanya.

Baca Juga: Bekas ahli MPT Bersatu, Rais Hussin sertai PKR

Baca Juga: DDNK ‘tak hensem takpa janji kaya’ digantung lesen selama 6 bulan