Menjelang perlawanan akhir Piala AFC 2022 malam ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad berharap kejayaan akan berpihak kepada KL City.
Khalid yang menerajui pasukan itu sejak 2019, turut berhasrat melihat satu lagi sejarah dapat dicipta oleh pemain KL City.
“Datanglah beramai-ramai dan berikan sokongan kepada KL City pada malam ini.
“Semoga satu lagi sejarah dapat dicipta, semoga kejayaan milik kita!!,” tulis Khalid di Facebooknya, hari ini.
Malam ini, KL City akan menentang kelab dari Oman, Al Seeb pada jam 7 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.
6 Oktober lalu, KL City menjinakkan kelab Uzbekistan, PFC Sogdiana (5-3) menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final antara zon di Stadium Kompleks Sukan Sogdiana.
Kejayaan itu menyaksikan pasukan daripada ibu kota itu melangkah ke pentas final.
Sebelum ini, KL City turut merangkul Piala Malaysia ke-100 apabila menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 pada aksi final di Stadium Bukit Jalil.
Baca Juga: Rumah tangga Sharifah Sakinah dengan Michael akhirnya musnah-“Kami berdua akan bercerai, bye-bye”
Baca Juga: Hanya sebab tak mahu makan dan terberak atas tilam, kanak-kanak 4 tahun jadi mangsa dera